pengenalan
program bina ummah (PBU)
YTK Kelantan

6

RASIONAL

6

MATLAMAT

4

OBJEKTIF

10

PROGRAM

3

STATEGI

TUJUAN pbu

Pelaksanaannya kepada seluruh rakyat Kelantan demi untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan Islam dengan syumul selari dengan konep Membangun Bersama Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan

Matlamat PBU

falsafah PBU

Program Bina Ummah (PBU) merupakan suatu gerakan massa untuk mewujudkan perubahan ke arah Membangun Bersama Islam dengan membentuk sikap rakyat Kelantan supaya ianya menjadi sebuah negeri yang maju , dinamik dan progresif selaras dengan kehendak kerajaan negeri. Oleh itu program ini akan menekankan proses pembinaan insan yang seimbang dengan membudayakan Islam sebagai suatu cara hidup  sekaligus terus berusaha meningkatkan taraf hidup dari segi politik, ekonomi dan sosial demi kesejahteraan diri, keluarga , organisasi, masyarakat, negeri dan negara.

Play Video

rasional pbu

Kalau kita teliti matlamat Kerajaan Darul Naim yang ingin membina masyarakat yang bertaqwa dan bermaklumat selaras dengan mottonya “Membangun Bersama Islam”, ianya jelas kepada kita bahawa wawasan ini mencakupi perkara-perkara yang berkaitan dengan menegak, mengembangkan dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim menyedari bahawa pembinaan ummah dalam erti yang sebenarnya adalah suatu perjuangan besar dan hanya boleh dicapai sekiranya mendapat pengembelengan  tenaga dan kerjasama daripda pelbagai pihak.

Pelaksanaan Islam dalam bidang undang-undang dan bidang yang lain merupakan tuntuan Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak boleh di tolak ansur. Dalam menuju kesempurnaan, tuntutan itu mestilah dipenuhi dengan menggunakan semaksimum kemampuan dalam kadar  yang dapat dilaksanakan sekalipun belum sampai kepada tahap yang sepenuhnya.

Pembangunan yang menjadai asas ialah pembangunan insan seutuhnya. Dengan pembangunan insan akan terbinalah pembangunan material. Bertolak dari asas ini, pembangunan yang dimaksudkan itu ialah pembangunan yang sepadu iaitu material dan spiritual secara serentak. Oleh itu kestabilan masyarakat dan pembangunan material bergantungn kepada kemampuan  manusai dalam membangun dan menjaga sesuatu perkara yang diamanahkan.

Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim mengambil perhatian yang serius terhadap pengislahan masyarakat. Pengislahan itu dilihat dalm perspektif Islam di mana program islah  itu hendaklah memberi pengisian kejiwaan dan kebendaan secara serentak. Pendidikan dan ekonomi golongan yang terbiar dalam masyarakat perlu diselesaikan secara amali dan berkesan.

Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim amat mengambil kira bahawa oeroaduan ummah meruoakan suatu ikatan pengukuhan ummah dalam merealisasikan penghayatan konsep ukhuwah, kejiranan dan konsep jemaah dalam kehidupan seharian di samping diperkukuhkan dengan perlaksanaan sistem Islam. Bagi yang bukan Islam, perpaduan dapat dilakukan dengan penghayatn nilai-nilai insaniah universal yang dianjurkan oleh Islam dalam hubungan Muslmi dengan non-Muslim.

OBJEKTIF PBU YTK KELANTAN

OBJEKTIF 1
Memupuk semangat Islam kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan penggerak masyarakat
OBJEKTIF 2
Mewujudkan kumpulan kader dan sukarelawan PBU di seluruh melalui program latihan lanjutan 'task force' dan khidmat masyarakat
OBJEKTIF 3
Meningkatkan kualiti PBU melalui kegiatan penyelidikan.
OBJEKTIF 4
Menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan dasar-dasar kerajaan negeri dan kaijan mengenai jurang kerenggangan antara kerajaan dan rakyat
Previous
Next
× Apa yang boleh saya bantu anda? Available from 08:00 to 17:00